PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Isu Najib jumpa Trump: Salleh bidas Kit Siang

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang bimbang lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat bulan depan akan membuktikan bahawa Jabatan Keadilan (DoJ) negara itu sebenarnya tidak memburu perdana menteri.

Dalam catatan di blognya, Salleh berkata surat Kit Siang kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia lebih 25 tahun lepas, yang memberi tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salleh mengulas surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet semalam yang menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadualkan pada 12 September ini.

Beliau berkata surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Kit Siang dan merupakan perbuatan yang bersifat amatur.

Jelas Salleh, Kit Siang cuba mengatakan bahawa Najib tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB, sedangkan tuduhan itu dibuat oleh Mahathir sendiri.

Beliau juga berkata kenyataan pemimpin pembangkang itu tidak logik dan tidak masuk akal langsung serta tidak wajar dibuat oleh seseorang yang sepatutnya ahli politik veteran.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66