Demo haram di KL, polis tahan 44 warga Rohingya

Seramai 44 warga Rohingya ditahan polis hari ini semasa mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai.

Katanya lebih 1,000 warga Rohingya berkumpul di sini sejak pukul 8 pagi untuk berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini atas kekejaman dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Warga Rohingya berkenaan dipercayai datang dari seluruh Malaysia dengan menaiki bas yang dikelolakan mereka sendiri bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

“Namun, apabila sudah diserahkan memorandum itu, mereka terus berkumpul dan bertindak agresif sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menahan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

(Visited 70 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com