PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Tsunami Melayu helah DAP, mengarut – @KhaledNordin

Tsunami Melayu hanya helah DAP

Tsunami Melayu yang menjadi sering dilaungkan pembangkang kini hanyalah helah DAP bagi mengekalkan undi masyarakat Cina kepada blok pembangkang.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tsunami Melayu yang dicanangkan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

“Mana ada Tsunami Melayu, itu hanya dakwaan yang dibuat DAP supaya orang Cina kekal menyokong mereka kerana orang Melayu juga dikatakan akan beralih sokongan kepada pembangkang. Itu mengarut.

“Pembangkang tiada pelan untuk Johor, tiada pelan khusus untuk orang Melayu, pendidikan Islam, penjawat awam, malah tiada juga pelan untuk pendidikan kaum Cina dan India kerana mereka hanya mahu kerusi sahaja,” katanya dalam sebuah majlis di Kluang.

Mohamed Khaled terut melahirkan keyakinan bahawa masyarakat Johor tidak akan terpengaruh dengan agenda tersebut kerana kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sudah membuktikan keupayaannya mentadbir dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Mereka tahu siapa yang membela mereka selama ini dan mereka nampak pembangkang hanya datang bermusim sahaja bila tiba pilihan raya.

“Rakyat bukan sahaja menyokong kerajaan yang ada, tetapi mereka menyokong aspirasi, perancangan, hala tuju, matlamat yang kita buat untuk negeri dan negara. Tidak seperti pembangkang yang memang tiada perancangan,” ujar beliau.

Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khad Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut berkata perkara sama supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan helah pembangkang.

“Peneroka, contohnya, tahu siapa yang membela nasib mereka selama ini. Kita beri insentif dan pembelaan kepada mereka, malah di peringkat akar umbi sendiri dapat lihat siapa sebenarnya yang bersama-sama mereka,”katanya.

Pilihan Raya ke-13 (PRU13) menyaksikan undi masyarakat Cina berpihak kepada pembangkang, yang menyaksikan DAP mencatatkan keputusan terbaik mereka dalam pilihan raya dan menjadi parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen.

(Visited 30 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66