PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

‘Tunggulah siapa yang kena’

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, mempertahankan bahawa suruhanjaya dalam menjalankan tanggungjawab mereka membasmi amalan atau gejala rasuah.

Ini susulan dakwaan bahawa serbuannya ke atas entiti yang dikaitkan dengan kerajaan Selangor pimpinan PKR “dirancang dan bermotif politik”.

Antara entiti yang diserbu semalam termasuk Universiti Selangor (Unisel), pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd.

“Apabila laporan dibuat, kita akan kaji, setelah dikaji dan ada asas, kita akan ambil tindakan.

“Dan pelbagai tindakan boleh diambil, termasuk tangkapan. Kita tidak memilih, kita akan siasat sesiapa sahaja.

“Sudah tentu juga kita kena susun (serbuan-serbuan), kita akan ambil tindakan pada masa yang sesuai. Tetapi tidak boleh bagi tahu sesiapalah,” katanya sidang akhbar semasa pelancaran penerbitan teater pertama SPRM “Bahara Emas” di Istana Budaya, Kuala Lumpur, hari ini.

Serbuan SPRM dipercayai ada kaitan dengan beberapa laporan yang ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan MBI berhubung pertikaian antara Unisel dan Jana Niaga.

(Visited 67 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66