Tabung Memali disonglap? Ini jawab Mat Sabu

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu turut mengulas mengenai kutipan dana Tabung Memali yang dikutip pada tahun 1985.

Bekas timbalan presiden PAS itu turut berkata dana tersebut telah diserahkan dan diuruskan sepenuhnya PAS negeri Kedah kepada mangsa dan waris yang terlibat sebaik peristiwa itu berlaku.

“Tabung Memali ia dibuat di peringkat negeri Kedah dan pengagihan ia dijalankan dibawah PAS negeri Kedah,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Amanah hari ini.

Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh PAS Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.

Mohamad yang dahulunya pernah memperjuangkan isu Memali bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada harta dan derma pemimpin dan ahli PAS itu diseleweng atau sebaliknya.

“Itu secara perinciannya kena tanya PAS Kedah (bagaimana duit itu disalurkan) dan isu itu telah lama sejak wujudnya isu Memali,” katanya.

Isu Tabung Memali kembali hangat sejak peristiwa berdarah itu dibangkitkan semula menerusi forum Nothing 2 Hide yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Ogos lepas.

Malah isu itu pernah dibangkitkan salah seorang individu yang bertanggungjawab keatas Tabung Memali Zainon Ismail atau CN Al-Afghani.

Laporan Utusan pada 2013 melaporkan bahawa Zainon mendesak supaya satu siasatan dibuat susulan dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit, selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali ‘diratah’ pihak lain.

(Visited 62 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.