Tak semestinya saya calon MB, ujar @MuhyiddinYassin

Tak semestinya saya calon MB, ujar Muhyiddin

Tidak menolak kemungkinan bakal menjadi calon menteri besar sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Pengerusi PH Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan hanya diputuskan bila tiba masanya nanti.

Beliau berkata demikian apabila disoal sama ada jawatannya selaku pengerusi PH di negeri Johor memberi bayangan bahawa beliau akan menjadi calon menteri besar negeri tersebut seperti yang lazimnya diamalkan Barisan Nasional (BN).

“Tidak semestinya, itu soalan cepumas dan keputusan muktamad dibuat pakatan di peringkat pusat. Mengenai siapa yang akan mengetuai kerajaan terserah kepada budi bicara dan muafakat bila sampai masanya nanti,” katanya dalam sidang media di pejabat PPBM Johor hari ini.

Muhyiddin bagaimanapun enggan menyatakan sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Pagoh walaupun masih yakin mendapat sokongan disana.

Katanya, soal kerusi hanya akan diputuskan secara bersama oleh PH di peringkat nasional, dan turut mengelak untuk menjawab sama ada akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Itu kita akan putuskan. Sehingga hari ini masih saya berada di situ sebagai wakil rakyat dan pengerusi PPBM Pagoh.

“Ramai orang suka saya dekat Pagoh tu, apa pun ia akan diputuskan bila masa yang sesuai begitu juga dengan kerusi-kerusi yang lain,” katanya.

Beliau turut berkata yang dirinya masih diterima baik dalam kalangan pengundi di Pagoh dan ekoran sudah berkhidmat di kawasan itu hampir 40 tahun.

Beliau turut mengaku selesa jika UMNO berpendapat bahawa beliau telah hilang pengaruh di Pagoh.

“Saya fikir sebahagian besar rakyat di Pagoh mengenali saya. Mereka tidak bertindak seperti sesetengah tempat macam nak memberontak di jalan raya, berdemonstrasi, tetapi mereka adalah orang yang faham dan tahu.

“Ini terbukti apabila saya tubuh PPBM di Pagoh, sokongan luar biasa. Bila saya turun ke bawah, sambutan macam biasa. Jadi tak apalah andaian oleh Umno bahawa saya tidak ada penyokong, baguslah begitu.

“Biarkan (UMNO) dibuai oleh-oleh mimpi-mimpi yang elok-elok, yang hakikatnya tidak begitu,” katanya.

(Visited 55 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.