SPRM ‘serbu’ Unisel?

Suruahnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyerbu Universiti Selangor (Unisel) serta empat tempat lain yang ada kaitan dengan institusi pengajian tinggi itu hari ini.

Menurut laporan The Star antara premis yang ‘dilawati’ pegawai SPRM ialah pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd.

Dialporkan enam anggota SPRM tig di kampus Unisel di Shah Alam kira-kira jam 9.50 pagi dan disambut kakitangan universiti itu sebelum dibawa ke bangunan pejabat.



Tindakan SPRM hari ini dipercayai dibuat berdasarkan laporan ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan MBI berhubung pertikaian antara Unisel dan Jana Niaga.

Syarikat Jana Niaga dituduh menerima bayaran walaupun gagal memenuhi kontraknya bersama Unisel.

Bagaimanapun MBI mendakwa bayaran berkenaan dibuat kepada Jana Niaga mengikut keputusan timbang tara mahkamah.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.