PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Semua aduan ke SPRM mesti dirahsiakan

Semua laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya dikekalkan sebagai sulit, kata salah seorang anggota lembaga penasihat agensi terbabit.

Menurut Datuk Mohd Noor Abdullah, aduan bagi sesuatu kes adalah sulit, sama seperti siasatan yang dijalankan anggota SPRM.

“Apa yang SPRM siasat, dan laporan oleh pengadu tadi tidak boleh didedahkan kecuali kepada pegawai atasan SPRM, DPP (timbalan pendakwa raya) atau peguam negara.

“Itu mengikut (peruntukan) undang-undang,” katanya semasa mengadakan sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur.

Turut hadir seorang lagi anggota lembaga terbabit Tan Sri Musa Hassan.

Mohd Noor berkata sangat bahaya untuk SPRM mendedahkan maklumat mengenai aduan serta siasatan yang dijalankan mereka.

Bekas hakim mahkamah rayuan itu memberikan pandangannya berhubung laporan memetik sumber SPRM bahawa agensi antirasuah itu membekukan RM2 juta dalam akaun bank exco Pulau Pinang, Phee Bon Poh, baru-baru ini.

Tindakan itu dikatakan dibuat ekoran penemuan surat daripada Phee supaya tindakan ke atas sebuah kilang tanpa lesen di Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, ditangguhkan.

Phee – yang menafikan laporan itu – ditahan pada 10 Ogos lalu dan awalnya dibenarkan direman selama lima hari mulai 12 Ogos.

Bagaimanapun peguam anggota dewan undangan negeri Sungai Puyu itu mencabar kebenaran itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Permohonan membatalkan reman itu kemudian diterima dan Phee dibebaskan dua hari kemudian.

(Visited 34 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66