“Saya tak ingat” – @MuhyiddinYassin

“Saya tak ingat”

 

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mengingati sama ada beliau turut hadir membincangkan pembelian hartanah luar negara yang membabitkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Felda ketika menganggotai Majlis Ekonomi Negara.

Beliau yang menanggotai majlis tersebut diatas kapasiti selaku timbalan perdana menteri sebelum ini berkata beliau telah menjadi anggota majlis tersebut dalam masa yang lama dan tidak dapat mengingati kesemua perkara yang dibincangkan.

“Saya berada di Majlis Ekonomi tetapi saya tidak ingat sama ada perkara-perkara seperti itu telah dibincangkan ketika saya berada di mesyuarat itu. Itu saya tak ingat lagi.”

“Saya sebagai timbalan perdana menteri, apa-apa pun, memang duduk dalam majlis ekonomi, dan di situ ia buat keputusan secara bersama-samalah.”

“Saya tak ingat. Saya lima tahun duduk sebagai TPM kan? Macam-macam perkara dibincang, jadi wallahualam saya tak ada ingat tentang kes-kes tertentu,” katanya dalam satu sidang media di pejabat PPBM Johor.

Beliau berkata demikian apabila disoal sama ada beliau merupakan anggota Majlis Ekonomi Negara ketika membincangkan rancangan MARA membeli rumah Dudley House dan hartanah lain di Australia, atau rancangan FELDA membeli hotel di London.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV) , Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad 15 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC), anak syarikat kepada Felda.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London oleh FIC selepas dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkannya mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membayar STG60 juta (RM330 juta) untuk sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada 16 Disember 2014.

SPRM tahun lalu turut membuka kertas siasatan berhubung pembelian Dudley House oleh anak syarikat MARA.

(Visited 50 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66