‘Media lebih bebas di bawah Najib’

Kebebasan media atau kebebasan akhbar hari ini dilihat lebih baik di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata ini kerana pengamal media tidak lagi dikongkong oleh agenda (setting) penentu sesebuah akhbar seperti mana yang berlaku semasa kepimpinan terdahulu.

Tanpa menyebut nama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut diperolehi berdasarkan kajian yang dibuat beliau sebelum ini.

“Secara kebetulan di dalam manifestasi kedoktoran saya, saya membuat kajian perbandingan antara Berita Harian sebagai sebuah akhbar dan Utusan, di dalam lima kali pilihan raya di Malaysia di bawah seorang pemimpin paling lama memimpin dalam negara ini dan saya lihat bahawa fakta-fakta yang terpapar dalam kajian saya itu, jika ia masih relevan lagi adalah satu gambaran bahawa penentuan agenda.

“Penentuan agenda dibuat oleh seseorang. Apa yang dibuat ketika itu bukan dipersetujui atau tidak dipersetujui oleh rakan-rakan pengamal media.

“Di dalam hal inilah kita melihat perbedaan bagaimana kebebasan akhbar diterjemahkan lebih baik zaman selepas beliau tanpa kongkongan, tanpa adanya penentuan agenda yang telah ditentukan oleh seseorang,”kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran buku coffee table BH Enam Dekad Kekal Dinamik di Kuala Lumpur, hari ini.

(Visited 29 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.