Mayat pertama insiden kapal #USSJohnSMcCain ditemui

PERKEMBANGAN TERKINI HARI KEDUA; OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT 10 ANAK KAPAL USS JOHN S MCCAIN, KAPAL PERANG PEMUSNAH AMERIKA DI PERAIRAN MALAYSIA

Mayat Pertama Ditemui

PUTRAJAYA, 22 OGOS 2017 – Susulan Operasi Mencari dan Menyelamat SAR 10 anak kapal USS John S McCain, kapal perang pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dengan kapal MV Alnic MC awal pagi semalam di perairan Teluk Ramunia, kedudukan 4.5 batu nautika Barat Daya Tompok Utara, Johor Timur, Malaysia. Mayat pertama berjaya ditemui pasukan SAR menerusi KD Handalan petang tadi.



Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, “mayat tersebut ditemui oleh KD Handalan di sektor E pada kedudukan 4 batu nautika timur Tanjung Penawar dalam perairan Malaysia. Jarak penemuan lokasi mayat adalah 7.5 batu nautika barat laut dari lokasi perlanggaran pada jam 3:43 petang tadi. Mayat tersebut dibawa ke KD Lekiu dan akan diserahkan kepada Amerika Syarikat setelah dikenalpasti oleh mereka. ”

“SAR pada hari ini diteruskan meskipun pada sebelah malam. Sektor pencarian SAR masih dikekalkan kepada dua sektor utama iaitu laut dan udara yang mana keluasan sektor pencarian laut seluas 352 batu nautika persegi, serta udara seluas 488 batu nautika persegi. Sehingga masa ini hanya satu (1) penemuan mayat berjaya ditemukan oleh pasukan SAR.”

Sehingga jam 6:00 petang tadi, terdapat dua penambahan aset di dalam sektor pencarian SAR hari ini menerusi sektor udara iaitu;

1. MARITIM MALAYSIA
a. KM Mulia (Penyelaras SAR di lapangan – OSC)
b. Penggalang 39
c. Pesawat AW 139
d. Petir 11

2. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
a. KD Lekiu
b. KD Handalan
c. KD Gempita
d. Pesawat Super Lnyx

3. Pasukan Polis Marin (PDRM)
a. RH 58
b. PA 9
c. RH 24

4. Jabatan Laut Malaysia
a. MV AL-TAIR
b. AL NILAM

5. Amerika Syarikat
a. MH 60-Seahawk
b. MV 22-Osprey

Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar berkata, “untuk hari ini, jumlah kekuatan keseluruhan pegawai dan anggota yang terdiri daripada penglibatan pelbagai agensi dalam negara yang terlibat adalah lebih 500 orang dan jumlah ini termasuk 10 orang anggota penyelam TLDM yang diletakkan dalam keadaan siap siaga.”

Maritim Malaysia bersama agensi SAR lain seperti TLDM, PPM dan Jabatan Laut Malaysia akan terus memberikan komitmen tinggi bagi memastikan operasi SAR ini berjalan dengan sempurna.

Kredit Foto : Gambar penemuan mayat oleh KD Handalan TLDM

(Visited 71 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.