Janganlah berlumba jadi badut politik – @Sahrihan

“Janganlah berlumba jadi badut politik”

Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dinasihat supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menjadi seorang lagi badut politik di negeri tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang Sahrihan Jani berkata Hassan perlu bersikap matang dalam berpolitik dan tidak berkelakuan seperti seorang cybertrooper murahan.

“Cukuplah di Johor ini kita ada badut politik seperti Suhaizan Kayat, Sallehuddin Ayub dan Mahdzir Ibrahim, tidak perlulah berlumba-lumba untuk menambah nama dalam senarai tersebut,” Sahrihan berkata dalam satu kenyataan.

Ini susulan tindakan Hassan memuatnaik gambar Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin duduk bersila di lantai ketika istiadat pernikahan Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Hassan cuba memberi gambaran bahawa Mohamed Khaled dihina oleh pihak Istana kerana tidak diberikan kerusi.

Namun, ternyata kenyataan Hassan itu memakan diri apabila terdapat gambar lain yang turut ditularkan menunjukkan bahawa Mohamed Khaled tidak duduk keseorangan di lantai, sebaliknya ia adalah protokol bagi majlis tersebut.

Sahrihan berkata tindakan Hassan tersebut menunjukkan pembangkang sudah kehabisan isu untuk dimainkan dan cuba merenggangkan hubungan Istana dan kerajaan negeri.

“Pihak pembangkang di negeri Johor pada ketika ini berterusan menyerang kerajaan negeri dan Istana dengan harapan mereka mampu untuk menghasut rakyat untuk menukar kerajaan negeri.

“Kekeringan isu untuk dimanipulasikan menyebabkan mereka mula menjadi badut politik dan menularkan bahan jenaka sehingga terserlah kedangkalan akal dan rendahnya tahap keintelektualan mereka.”

Sahrihan menambah Bangsa Johor menjunjung semangat muafakat Johor dan sentiasa menghormati institusi Diraja.

“Rakyat Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan Hassan Karim tersebut yang jelas menghina protokol istana Johor.”

Beliau berkata pihak pembangkang perlu belajar menjadi kumpulan pembangkang yang berkesan dan bukan sekadar pandai mengeksploitasi isu picisan yang terbukti fitnah.

(Visited 51 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66