PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

TMJ sindir isu RM100 juta KBS

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa apabila beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa beliau tidak ada di Stadium Shah Alam ketika dua kemenangan skuad kebangsaan B-22 peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017.

Dalam kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, kata TMJ, mereka mungkin terlupa sumbangannya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit.

Kata baginda, walaupun tidak mahu mengungkit, ini dibuktikan apabila Sultan Johor mengurniakan RM4 juta kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan.

Malah, insentif kepada skuad kebangsaan B-22 juga telah diberikan apabila mereka berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.

Pada masa sama, katanya, TMJ juga berjumpa dengan Astro untuk mendapatkan penajaan untuk semua pasukan bertanding dalam Liga Malaysia.

TMJ juga menyelar sesetengah pihak yang cuba membandingkan sesetengah individu tertentu yang hanya menunjukkan muka di stadium untuk berikan sokongan tetapi tidak menghulurkan satu sen pun untuk membantu bola sepak tanah air.

TMJ mempersoalkan ke mana perginya individu ini dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila FAM atau bola sepak Malaysia susah dan memerlukan bantuan kewangan.

Jelasnya, walaupun tidak menyalahkan KBS, isu duit berjumlah RM100 juta iaitu duit rakyat tidak dijawab lagi apatah lagi mahu membantu FAM.

Terdahulu, TMJ mengucapkan tahniah di atas kemenangan dua perlawanan skuad kebangsaan B22 peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017.

(Visited 85 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66