PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

‘Kenapa baru sekarang kata Tun M ada RM83 bilion?’

Dakwaan bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki kekayaan luar biasa berbentuk wang tunai RM83 bilion di luar negara disifatkan bermotif politik, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin turut mempersoalkan mengapa selama 22 tahun Mahathir dalam kerajaan, baru kini bekas pegawainya, Abdul Hameed Gula Maideen membuat dakwaan berkenaan.

“Kenapa baru sekarang, selepas 22 tahun Tun dalam kerajaan, kenapa baru sekarang (buat dakwaan).

“Tindakan ini mempunyai motif politik, kalau siapa-siapa ada bukti, mereka perlu bawanya ke pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Qurban di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru, Gombak hari ini

Semalam portal Malaysia Gazzate melaporkan Abdul Hameed mendakwa Dr Mahathir ada menyimpan wang kertas RM1,000 dan RM500 sepanjang perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, dan disimpan di Taiwan sejak 1982 hingga 1985.

Katanya lagi, sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65, 417,100 keping not RM1,000 berada dalam simpanan Dr Mahathir di luar negara.

“Saya ada maklumat wang RM1,000 dan RM500 masih berikat ada Taiwan. Kami ada senarai nombor siri wang ini berjumlah RM83 bilion.

“Masa Tun M kerja di Kementerian Kewangan, ada tiga orang yang tahu akan perkara ini.

“Wang-wang ini dicetak di London dan dihantar ke Taiwan dipegang oleh CKS Foundation secara berperingkat dari tahun 1982 hingga 1995. Wang itu masih ada di sana.

“Saya cuba nak bawa balik, tapi ada halangan daripada pihak mereka,” Abdul Hameed dilapor sebagai berkata.

Katanya lagi, dia dan beberapa lagi individu akan terus membuat pembongkaran mengenai ‘dosa-dosa’ Mahathir sepanjang 22 tahun memegang jawatan tertinggi negara.

(Visited 89 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66