PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

RM100,000 dirampas dalam peti besi Isa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, di Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), pagi ini.

BH Online melaporkan kira-kira 10 pegawai SPRM berpakaian biasa dilihat menaiki tiga kenderaan dan memasuki pejabat agensi itu pada 11 pagi.

Difahamkan, mereka menuju ke pejabat Isa di tingkat empat.

SPRM membuat serbuan bagi memperoleh bukti dan bahan penting susulan penahanan reman Isa, semalam.

Menurut laporan, SPRM sudah menyerbu tiga kediaman milik Isa di Bandar Baru Nilai, Senawang dan Linggi, Negeri Sembilan.

Memetik Utusan Online, SPRM merampas wang tunai dianggarkan sebanyak RM100,000 selepas menyerbu kediaman Isa.

Jun lalu, Isa dilantik sebagai pemangku Pengerusi SPAD sejurus meletak jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV).

Veteran Umno itu sedang menjalani perintah reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.

(Visited 106 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66