Resepi Karipap Pusar | Seminit Resepi

Resepi Karipap Pusar
Download app seminit resepi di http://bit.ly/AppSeminitResepi

Resepi Karipap Pusar ini sangat sesuai dihidang semasa minum petang, memang layan, kalau buat sendiri bolehlah lebihkan inti karipap tu..

Penaja Karipap Pusar
Lazz Susu Kambing telah menaja Karipap Pusar pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://lazzsusukambing.com.

lazz-iklan

Bahan-bahan

Bahan A

1 cawan tepung gandum
1 tbsp tepung jagung
2 tbsp shortening
2 tbsp majerin
Bahan B

2 tbsp tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan air
Sedikit garam
Bahan inti

1 biji bawang besar
2 tbsp kari ayam
1 tbsp cili kisar
2 biji kentang
250 gram daging kisar
Daun sup
Daun saleri
Garam gula????
Cara Membuat

Langkah 1
Satukan semua bahan A, dan bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Dan sejukkan seketika

Langkah 2
Masukkan tepung kedalam bekas, dan letakkan minyak yg sudah dipanaskan. Uli sehingga menjadi serbuk roti.

Langkah 3
Kemudian masukkan air dan bahagikan kepada 4

Langkah 4
Satukan bahan A dan bahan B menjadi seperti bola. Kemudian sejukkan

Langkah 5
Uli adunan menjadi seperti bentuk silinder dan gulungkan. Potong adunan kepada 6. Leperkan menjadi bentuk bulat. Sedia untuk diisi inti

Langkah 6
Untuk membuat inti, tumis bawang dan cili kering. Apabila sudah garing, masukkan rempah kari.

Langkah 7
Masukkan sedikit air. Dan masukkan daging kisar.

Langkah 8
Masukkan kentang yang sudah dipotong dadu dan direbus.

Langkah 9
Masukkan daun sup dan saleri. Perasakan dengan garam dan gula.

Langkah 10
Sedia digunakan untuk membuat karipap

(Visited 101 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com