“Jangan 18 tahun kemudian buat U-turn, kona baring,” sindir Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sudah tiba masanya bagi pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata parti pembangkang menggerakkan reformasi kira-kira 17 tahun lepas untuk melawan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi secara rasminya gerakan itu boleh dikatakan berkubur apabila orang yang dilawan dahulu, membuat pusingan 360 darjah, dan kini bekerjasama dengan pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai di Bukit Mertajam hari ini.

Najib berkata sudah tiba masanya pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan itu selepas PKR juga dilihat gagal membuat perubahan sepanjang berbelas tahun mewakili kawasan itu.

(Visited 68 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66