‘Bila tragedi Memali berlaku pada 1985, saya gesa RCI ditubuhkan’

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang kekal dengan pendiriannya agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi membongkar tragedi Memali pada tahun 1985.

“Bila insiden Memali terjadi pada November 1985, saya gesa RCI ditubuhkan. Dan saya gesa sekali lagi RCI ditubuhkan. Anda boleh semak,” katanya pada sidang media di sebuah forum malam tadi.

Pada tahun 1985, polis cuba menahan seorang pemimpin PAS, Ibrahim Libya di Kampung Memali di Baling Kedah atas dakwaan menyebarkan ajaran sesat.

Kejadian itu menyebabkan pentempuran antara pihak berkuasa itu dan penduduk kampung.

Seramai 18 orang yang terdiri daripada 13 penduduk kampung dan empat pegawai polis terkorban dalam kejadian itu.

Hanya sedikit maklumat yang diketahui mengenai konflik dalam peristiwa berdarah berkenaan.
Pada tahun 2014, Lim menerbitkan artikel dalam lidah rasmi DAP, Roketkini menyatakan RCI berkenaan perlu bagi menentukan secara terpeinci apa yang berlaku pada tarikh kejadian.

Gesaan itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau berada di dalam negara ketika tragedi itu berlaku.

(Visited 59 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66