Tsunami Melayu – PH boleh menang 36 Kerusi DUN Johor

Keyakinan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan Harapan boleh membentuk kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri di Perak, Negeri Sembilan dan Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berdasarkan trend pengundian dalam pilihan raya 2013.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor Mahdzir Ibrahim, diatas kertas, PH mampu untuk mencapai apa yang dikatakan oleh Kit Siang.

Mahdzir bagaimanapun berkata dinamik politik di Johor tidak sama dengan di negeri lain namun berkata Tsunami Melayu yang dicanangkan oleh pimpinan PH akan membantu blok tersebut mencapai apa yang dikatakan oleh Kit Siang.

“Untuk menang 36 kerusi maksudnya kena menang di sekitar 15 kerusi marginal yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dalam PRU13.

“Untuk berbuat demikian, kita hanya perlukan pertambahan pengundi sebanyak 5%, paling maksimum pun 15%,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun ia bergantung kepada kekuatan PH sendiri.

“BN Johor saya rasa dalam keadaan tak stabil. Kita percaya wakil rakyat UMNO Johor memang sedang pertimbangkan untuk keluar parti,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Kit Siang berkata PH boleh menang 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor dalam PRU14 dengan bantuan Tsunami Melayu.

Johor menawarkan 56 kerusi DUN.

(Visited 74 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com