SURAT SUNGAI TIDAK SESUAI MASA KINI – PPJ

SURAT SUNGAI TIDAK SESUAI MASA KINI

Surat Sungai yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Johor pada tahun 1844 tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan pada masa kini.

Pemegang Surat Sungai yang dipanggil Kangcu ini hanya diberi kebenaran mengusahakan tanah berdasarkan ketetapan yang telah dipersetujui.

Mereka juga mempunyai menjual arak, pajak gadai, perjudian dan mendapat dalal daripada eksport lada hitam, gambir dan import beras.

Perkembangan ini menyebabkan kemasukan ribuan buruh Cina dalam jangka masa yang singkat dan dengan itu wujudlah perkampungan mereka yang dikenali sebagai Kangkar.

PPJ tidak sesekali mempertikaikan perkampungan yang telah wujud lebih satu abad itu.

Namun untuk mewujudkan kembali Surat Sungai pada masa kini, adalah tidak wajar kerana Johor kini boleh dibangunkan dengan baik oleh kerajaan.

Gabungan pemerintahan berkesan Sultan Johor dan kedinamikan Menteri Besar Johor meletakkan Johor sebagai negeri yang maju dan pesat membangun di negara ini.

Setiap era pemerintahan memerlukan kebijaksanaan untuk memacu negeri demi kesejahteraan rakyat; khususnya Bangsa Johor di Johor.

Surat Sungai relevan pada masa dikeluarkan pada tahun 1844 untuk pembangunan ekonomi Johor pada masa itu.

Apakah kita ingin kembali kepada satu sistem yang sudah tidak lagi wajar untuk pembangunan sebuah negeri maju dan moden di negara ini.

PPJ berpendapat konsep dan gagasan Bangsa Johor merupakan kaedah terbaik untuk menyatupadukan rakyat Johor, mensejahterakan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi Johor.

Pada masa kini, kesepaduan rakyat begitu terserlah di bawah kepimpinan YAB Menteri.Besar melalui pelbagai inisiatif Muafakat Johor.

Sebenarnya idea Mahdzir Ibrahim merupakan suatu usaha untuk mengganggu gugat kesepaduan Bangsa Johor.

Sebagai Bangsa Johor, muafakat itu amat penting dalam membentuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Dalam Undang-Undang Kangcu yang diluluskan pada tahun 1873, Fasal 56 mewajibkan penempatan seorang polis Melayu di dalam Kangkar dan Fasal 59 mensyaratkan Kangcu mengemukakan laporan kepada Mejar Cina di Johor Bahru.

Dengan mencadangkan Surat Sungai diadakan semula, seolah-olah ingin memecahbelahkan perpaduan kaum yang telah wujud di negeri Johor pada masa kini.

Atas kebijaksanaan Sultan Abu Bakar, Johor menjadi maju dan terkenal sebagai pengeksport utama gambir dan lada hitam dunia.

Baginda menggalakkan orang-orang Melayu menyertai pertanian ini dan pada tahun 1894, jumlah buruh Cina berkhidmat di Johor seramai 210,000 orang.

Gabungan pelbagai kaum ini membuktikan telah wujud perpaduan kaum di Johor sejak sekian lama.

Kemerosotan gambir dan lada hitam telah menyebabkan buruh Cina meninggalkan pertanian tersebut dan beralih ke pertanian getah.

Kerajaan Johor kemudiannya telah mengeluarkan Undang-Undang (Memansuhkan) Kuasa-Kuasa Kangcu; dan secara praktikal Sistem Kangcu dimansuhkan mulai 1 Disember 1917.

Justeru tidak timbul isu Bangsa Johor dalam konteks ini kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895 ada menyatakan hal bangsa Johor.

Bukan pula suatu kesilapan jika orang Johor menganggap bangsa ini sebagai suatu identiti; malah menjadi suatu kebanggaan; malah lagu rasmi negeri Johor ialah Lagu Bangsa Johor.

Oleh itu, PPJ berpendapat tidak wajar mana-mana pihak mempertikaikan penggunaan Bangsa Johor kerana telah digunapakai sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan kini dikenali sebagai Malaysia; tanah air kita yang tercinta.

AMIRUDDIN MD.ALI HANAFIAH
Ketua 1 PPJ

(Visited 56 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66