Shahrir atau Isa luluskan pembelian ladang Indonesia, soal PKR

Shahrir atau Isa luluskan pembelian ladang Indonesia, soal PKR

PKR Johor mempersoalkan kewajaran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) meneruskan urusniaga pembelian saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation (EHP).

Menurut pengerusinya Hassan Karim, Felda kini sedang menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa hartanya terpaksa dijual.



“Felda sekarang banyak hutang. Syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd FGV yang dimiliki oleh Felda sebanyak 33.67% saham tidak menguntungkan Felda.

“FGV bermasalah sekarang. FGV mengalami kerugian market capitalisation sebanyak 70% sejak penyenaraian dalam Bursa Saham pada tahun 2012 hingga bulan Ogos tahun ini berjumlah RM5.58 bilion,” Hassan berkata.

Hassan turut menuntut penjelasan dari Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad sama ada beliau sendiri yang menandatangani perjanjian membeli saham EHP tersebut ataupun ia ditandatangani oleh Pengerusi Felda sebelum ini Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

“Shahrir kena jawab sekarang sebelum pilihanraya umum ke-14 ini supaya beratus ribu peneroka Felda di 54 kawasan Parlimen dan 92 kawasan DUN yang menjadi pengundi tahu apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan Felda,” kata Hassan.

Felda memuktamadkan pembelian 37% saham EHP dengan bayaran sebanyak RM2.26 bilion awal bulan ini.

(Visited 58 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.