PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Pelik debat Tun M batal tapi forum ‘bodoh’ permit lulus – Nazri

Kekecohan semasa forum Nothing to Hide 2.0 yang menyaksikan kerusi dan selipar melayang ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad, dibidas oleh pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak bersimpati.

“Dia memintanya,” kata ahli majlis tertinggi Umno ketika ditanya sama ada ahli politik berusia 92 tahun itu patut diperlakukan sedemikian rupa.

“Dia mahu menjadi pejuang jalanan, dia mahu berkelakuan seperti gangster, itulah yang dia dapat. Dia tidak mahu berkelakuan seperti seorang negarawan, itulah yangdia dapat,” katanya kepada pemberita di Shah Alam petang ini.

Nazri juga tidak terkejut bahawa pembangkang menuding jari ke arah Umno berhubung dengan keganasan yang tercetus itu.

“Ya, semuanya ada (ada kaitan dengan) Umno.

“Besok, jika seseorang mati, ini juga (ada kaitan Umno) kenapa kita buang masa untuk sesuatu yang bodoh seperti itu?” katanya.

http://www.kinitv.com/video/51314O74 – Rakaman eksklusif mulanya ‘serangan’ terhadap Tun M

Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.

Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib bagaimanapun tidak melayan undangan itu.

(Visited 72 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66