‘Kami tak mahir nak kenal siapa baik, jahat’

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata insiden kekecohan di forum Nothing To Hide 2.0 pada Ahad lalu, adalah sesuatu yang “malang” dan pihak yang mencetuskannya perlu dikutuk.

Bercakap kepada media di Petaling Jaya semalam, Muhyiddin berkata tidak ada sebab untuk BERSATU merancang melakukan kekecohan di program yang mereka anjurkan sendiri.



“Kami tidak pasti bagaimana mereka masuk ke tempat forum diadakan.

“Kami ahli politik dan tidak ada kemahiran mengenal pasti sama ada seseorang itu baik atau jahat,” katanya.

http://www.kinitv.com/video/51314O74 – Rakaman eksklusif mulanya ‘serangan’ terhadap Tun M

Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.

Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib bagaimanapun tidak melayan undangan itu.




Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 78 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com