Anwar khuatir

Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khuatir keganasan akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Dalam satu kenyataan, Ketua Umum Pakatan Harapan itu berkata kerajaan mesti memastikan hak dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terus dipelihara.

Anwar, yang sedang menjalani hukuman lima tahun untuk sabitan liwat, juga mengimbas kembali pengalamannya semasa pilihan raya umum lalu, di mana beberapa serangan termasuk baling batu dan memecah cermin bas yang dinaiki berlaku tanpa sebarang tindakan oleh pihak polis.

Anwar mengulas mengenai keganasan yang berlaku semasa forum Nothing to Hide 2 semalam di Shah Alam.

Acara itu turut menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram di luar negara. Bagaimanapun Najib gagal menghadirkan diri ke pada progam itu.

Acara yang bermula pada jam 3 petang itu kemudian bertukar menjadi ganas pada kira-kira jam 5.30 petang ketika Mahathir berucap kepada orang ramai.

Ketika Mahathir menjawab soalan mengenai tragedi Memali di Baling pada tahun 1985, selipar dan kasut dilemparkan ke arahnya. Ini diikuti oleh beberapa objek lain termasuk kerusi, botol air dan suar di dalam dewan.

Bagaimanapun, tiada objek mengenai Mahathir apabila anggota keselamatan bergegas untuk melindunginya.

Pertempuran kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba menghadapi provokasi berkenaan yang akhirnya melarat keluar dewan.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com