RMMJ PIJ Holdings dijual hanya RM139,000

RMMJ PIJ Holdings dijual hanya RM139,000

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Perbadanan Islam Datin Halimah yang dibangunkan oleh Kumpulan PIJ Holdings (PIJ Holdings) dijual dengan harga RM139,000 kepada pembeli Melayu, rendah RM11,000 dari harga yang diselaraskan.

Ini membuatkan PIJ Holdings menjadi salah sebuah pemaju yang menawarkan harga terendah bagi projek RMMJ.



Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tanah-tanah yang dibangunkan dibawah konsep Taman Perbadanan Islam tersebut ditukar taraf kepada rizab Melayu untuk menjamin kelangsungan kependudukan bangsa Melayu di dalam bandar.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor telah meluluskan pembangunan beberapa lagi Taman Perbadanan Isam termasuk empat pembangunan dalam daerah Johor Baru, manakala tiga lagi di Batu Pahat, Muar dan di atas Baitulmal Pontian,” Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi PIJ Holdings berkata ketika merasmikan majlis penyerahan kunci bagi Taman Perbadanan Islam Datin Halimah.

Majlis tersebut turut melibatkan cabutan undi bagi PKJ A Taman Perbadanan Islam Subang Baru.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Md Jais Sarday dan Setiausaha kerajaan negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

Menurut Mohamed Khaled lagi, konsep pembangunan Taman Perbadanan Islam bukan sahaja dapat menggalakkan bangsa Melayu tinggal di bandar, ia membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki aset disana.

Kos pembinaan sebuah unit RMMJ melangkaui RM200,000 bagi setiap unit.

Sementara itu, Pengarah Urusan PIJ Holdings Rosan Mohd Sa’at berkata Taman Perbadanan Islam Datin Halimah turut dilengkapi dengan dewan serbaguna, surau, tadika dan taman permainan kanak-kanak.

Selain itu, ruang pejabat pengurusan serta tujuh unit kedai turut dibina bagi memberi ruang dan peluang perniagaan buat usahawan Bumiputera.

(Visited 160 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.