‘Gelora Pagoh tak melarat, UMNO Johor tak retak’

Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi isyarat jelas kepada Umno bahagian Pagoh supaya tidak dibelenggu nostalgia kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, Umno Johor sangat beruntung kerana ‘gelora’ di Pagoh sebelum ini tidak melarat dan membawa kepada keretakan Umno ?negeri itu.

“Krisis yang melanda (Umno) Pagoh tidak merebak. Ia hanya sementara dan telah reda. Kita tidak melihat berulangnya kelumpuhan seperti Umno di Permatang Pauh 20 tahun dahulu,” katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh, di Pagoh, hari ini.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi tradisi PKR sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan pada 1998. Kerusi itu kini disandang isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan ketua pembangkang.

Kenyataan itu mengulas mengenai krisis dihadapi Umno Pagoh selepas Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri dan ketua bahagian itu dipecat daripada parti itu tahun lalu.

(Visited 49 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com