“Takkan ATM banyak bajet, RM4 juta pun tak ada?” soal TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap Kementerian Pertahanan Malaysia dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dapat menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut beliau, FAM tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan perjanjian antara pemain terlibat dan pasukan tidak dimaklumkan kepada badan induk bola sepak negara itu.

“FAM tak boleh buat apa-apa, cuma saya sebagai presiden berharap pihak ATM dan menteri pertahanan akan lihat isu ini dengan baik untuk selesaikan dengan baik.

“Saya harap kita boleh cari penyelesaian berkenaan perkara ini.

“Saya pun tak tahu, takkan ATM banyak bajet RM4 juta pun tak ada. Saya tak tahu kenapa,” katanya yang juga presiden FAM pada forum ‘Face Off’ di Johor Bahru, malam tadi.

Forum tersebut turut menampilkan bekas pemain kebangsaan dan pengkiritik sukan tanah air, Shebby Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam dan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar.

(Visited 109 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com