Rumah Mampu Milik Johor untuk rakyat, bukan kepentingan politik – @KhaledNordin

Rumah Mampu Milik Johor untuk rakyat, bukan kepentingan politik

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) merupakan satu agenda politik.

Mohamed Khaled berkata sebaliknya ia dibuat berdasarkan kawasan permintaan dan keperluan penduduk dan merupakan satu agenda penting buat kerajaan negeri untuk rakyat.

“Kita tidak buat (bina rumah) ini berasaskan kepentingan politik. Kita ingin memastikan rakyat keseluruhan dalam keadaan sejahtera, tidak kira apa kecenderungan politik,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), di Taman Impian Emas.

444 unit RMMJ yang dijual pada harga RM150,000 bakal dibangunkan oleh Gunung Impian Development Sdn Bhd yang dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor tersebut, kerajaan negeri berusaha memenuhi permintaan dari rakyat untuk projek perumahan dan komited untuk mencapai sasaran.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan memenuhi permintaan dari rakyat untuk projek rumah mampu milik.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga komited bagi mencapai sasaran 60,000 unit rumah mampu milik dibina menjelang tahun 2020, dimana 70 peratus daripada sasaran 60,000 unit tersebut akan dibina di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

Sasaran 5,490 unit rumah telah ditetapkan untuk tahun ini dan 95 peratus atau 5,248 unit sudah disiapkan sehingga Mei lalu.

(Visited 132 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66