Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.

“Ya (serbuan yang dikatakan). Bukan hari ini, (tapi berlaku) semalam, “katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini telah melihat gambar yang dikatakan diambil semasa serbuan.



Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.

Sumber memberitahu, adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi LHDN berkenaan serbuan semalam.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 235 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.