Penduduk setempat mahu Adun baru di Pemanis

Penduduk setempat mahu Adun baru di Pemanis

Pengundi di Dun Pemanis, di bawah Parlimen Sekijang mahukan muka baru bagi menggantikan Lau Chin Hoon dari Gerakan kerana tidak berpuas hati dengan hasil yang disumbangkan oleh beliau.

Menurut sumber dari Barisan Nasional (BN), Chin Hoon hanya turun ke kawasan akhir-akhir ini, setelah semboyan pilihan raya semakin kuat kedengaran.

“Pemanis perlukan pemimpin yang berjiwa Pemanis. Kita mahukan seorang pemimpin tempatan disini,” kata sumber tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan.

Beliau mendakwa Chin Hoon yang tinggal di Kuala Lumpur hanya kelihatan dalam kawasan baru-baru ini sahaja.

Seorang lagi sumber pula berkata Chin Hoon, yang merupakan Adun Pemanis buat tiga penggal, telah gagal untuk menyelesaikan masalah penduduk tempatan termasuklah isu kelembapan ekonomi dan juga isu perumahan generasi kedua Felda.

“Dia hanya bergantung dengan program yang dijalankan oleh Ahli Parlimen Sekijang (Anuar Abd Manap) dan juga Adun Kemelah (Datuk Ayub Rahmat),” tambahnya lagi.

Beliau turut mengatakan bahawa tidak ada bezanya manfaat yang diterima oleh pengundi Pemanis sekarang walaupun diwakili oleh seorang Adun dari kerajaan.

Chin Hoon pada Pilihan Raya Umum ke-13 berjaya mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon PAS dengan majoriti 1,329 undi.

(Visited 69 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66