Kit Siang diserang ‘berlagu-lagu’

Kit Siang diserang ‘berlagu-lagu’

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang sekali lagi berhadapan dengan serangan di kawasannya sendiri apabila beberapa sepanduk dipasang disekitar pekan Gelang Patah, mempersoalkan tindak-tanduknya yang diwar-warkan bakal meninggalkan kawasan parlimen tersebut.

Serangan kali ini menggunakan lirik lagu-lagu popular termasuklah lagu tema filem Fast and Furious 7 “See you again” yang dinyanyikan Whiz Khalifa dan Charlie Puth.

“It’s been a long way without you my friend, so I’ll vote you out when I see you again,” sepanduk tersebut berbunyi.

Terdapat juga sepanduk yang bertulis “Quit playing games with votes,” dan sebuah lagi sepanduk pula bertulis, “Rumour has it you are seeing someone else ….”.

Ini merupakan kali kedua Kit Siang diserang dilaman sendiri menggunakan sepanduk dimana kejadian pertama berlaku pada Mac dimana sepanduk menyoal dimanakah Kit Siang dipasang disekitar Gelang Patah, ekoran dakwaan beliau jarang kelihatan di kawasannya sendiri sejak memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya 2013.

Serangan kali ini hadir setelah Kit Siang didakwa menukar alamat mengundi beliau ke Pulau Pinang minggu lalu, yang menguatkan lagi khabar angin bahawa pemimpin veteran DAP tersebut bakal meninggalkan Gelang Patah.

Sepanjang kariernya selaku ahli politik, Kit Siang pernah menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Johor.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66