Mahathir ‘bin’ atau ‘a/l’? Ini kata ahli sejarah

Nama rasmi bekas perdana menteri keempat negara seperti yang tercatat di Jabatan Pendataran Negara Alor Setar ialah Mahathir bin Mohamad – iaitu dibinkan kepada bapanya.

Bapa Tun Dr Mahathir itu pula bernama lengkap Mohamad bin Iskandar dan keturunannya tertera perkataan Melayu, kata seorang sejarawan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, berkata Mohamad itu lahir di Pulau Pinang pada 1881 dan meninggal dunia pada 1961.

“Datuk Dr Mahathir, Iskandar, berasal dari Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Menurut Baharuddin lagi pada kad pengenalan (IC) biru milik Dr Mahathir, turut tertera nama Mahathir bin Mohamad dan bukannya “anak lelaki Iskandar Kutty” seperti didakwa sesetengah pihak.

Nama berkenaan, katanya, juga digunakan pada semua sijil pengajian Dr Mahathir di peringkat rendah dan tinggi.

Kenyataan Baharuddin itu disiarkan kira-kira seminggu selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa IC Dr Mahathir memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Baharuddin juga berkata walaupun Dr Mahathir kini tidak lagi sealiran dengan kerajaan, jasa dan sumbangannya tetap tidak boleh dinafikan.

“Kita perlu melihat aspek positif, sumbangan seseorang itu, bukan kisah peribadinya.

“Kita tak wajar memperlekehkan jasa beliau semata-mata kerana isu politik atau kerana keturunan nenek moyangnya, (apatah lagi) individu yang telah meninggal dunia,” kata Baharuddin.

Baharuddin pernah berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) untuk tempoh 2000-2001 berkata bapa Dr Mahathir bukanlah orang sembarangan, sebaliknya individu yang mengasaskan pendidikan Inggeris di Kedah.

“Mohamad seorang guru Bahasa Inggeris dan pengasas pertama Government English School (GES) yang kini dikenali KSAH.

“Kita wajar beri penghargaan atas usahanya kerana berjaya meletakkan asas kukuh dalam pembangunan KSAH hingga muncul sekolah cemerlang kini.

“KSAH lahirkan ramai tokoh terkemuka, termasuk pemimpin politik.

“Wajar kita kenang jasa beliau pelopori pendidikan Inggeris di Kedah walau siapa keturunan dia sekarang. Kita tak boleh nafi sejarah, tak kira siapa individu itu, tak perlu ungkit keburukan tapi kenanglah jasa mereka,” katanya.

(Visited 110 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com