PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Kerajaan siasat kelab ‘tak percaya Tuhan’ di KL

Kerajaan akan menyiasat dakwaan kewujudan Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang turut dianggotai orang Islam seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika benar wujud, perkara itu membimbangkan kerana membabitkan usaha pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.

Asyraf Wajdi berkata demikian mengulas kebimbangan masyarakat mengenai kewujudan Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur turut dianggotai orang Islam yang secara terang-terangan menyertai perjumpaan kumpulan itu sebelum menjadi tular baru-baru ini.

Tindakan kumpulan itu dibimbangi masyarakat bukan saja memesongkan akidah umat Islam malah menggugat kestabilan negara melalui perpecahan ummah.

Dalam pada itu, pembantu khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor melahirkan kebimbangan terhadap isu kewujudan Kelab Ateis di Malaysia.

Di Facebooknya, Rizal menegaskan Kelab Ateis tidak boleh dipandang ringan dan sepi.

Ateis merujuk kepada orang yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama.

(Visited 41 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66