PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Badan Peguam boikot Ketua Hakim Negara

Badan Peguam Malaysia membuat keputusan untuk memboikot acara sosial yang disertai oleh Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin.

Anggota Badan Peguam digalakkan untuk menolak undangan acara sosial dari mereka.

Resolusi tersebut merupakan sebahagian daripada usul yang dicadangkan Majlis dan dipersetujui oleh “majoriti besar” dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) di Kuala Lumpur semalam.

“Kami akan terus terlibat dengan kehakiman dalam kesemua hal-hal rasmi,” jelas Presiden Majlis Peguam George Varughese dalam sidang akhbar selepas EGM.

Mesyuarat tergempar diadakan susulan perlantikan Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan yang disifatkan badan peguam itu sebagai “secara terang-terangan melanggar perlembagaan.”

(Visited 44 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66