Tiada keretakan dalam PAN mengenai isu calon MB

Tiada keretakan dalam PAN mengenai isu calon MB

Parti Amanah Negara (PAN) menafikan wujudnya keretakan dalam parti mengenai isu pelantikan jawatan Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub, PH kini dalam kedudukan yang sangat kukuh dan bersedia memasuki arena pilihan raya pada bila-bila masa ia diadakan.

Beliau turut berkata ada beberapa lagi tokoh PH yang diketengahkan oleh mereka di Johor selain pimpinan Amanah.

“Disamping nama kami yang cuba diketengahkan menerusi portal berita tersebut, saya ingin mengingatkan bahawa kami turut mengemukakan tokoh-tokoh besar yang lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Adun Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan tokoh pejuang rakyat saudara Hassan Karim sebagai pemain utama di Johor menjelang PRU14,” menurut Salahuddin dalam satu sidang media di Johor Baru hari ini.

Salahuddin bagaimanapun berkata calon menteri besar bagi negeri tersebut hanya akan diputuskan secara bersama oleh PH di peringkat pusat.

Beliau mengulas mengenai berita yang mendakwa terdapat pertembungan diantara kem-kem dalam PAN dimana terdapat yang menyokong Salahuddin sebagai calon menteri besar manakala terdapat juga yang mahu ia diberikan kepada Pengerusi PAN Johor Aminolhuda Hassan.

Salahuddin berkata PH membuktikan bahawa ia serius dalam merealisasikan impian blok tersebut untuk menawan Johor dari tampuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya lagi, ini kontras dengan BN Johor dibawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang didakwa tidak selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak di peringkat pusat.

Beliau turut berkata perpaduan yang dijelmakan oleh PH ini berjaya mematahkan propaganda Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor, yang didakwa cuba menggambarkan pertembungan BN-PH dalam pilihan raya akan datang sebagai pertembungan survival antara Melayu dan Cina.

Dalam pada itu, Salahuddin turut memberi bayangan bahawa Johor akan menjadi medan utama dalam PRU14, dimana PH akan memberikan lebih banyak ruang lagi kepada tokoh-tokoh utama mereka untuk menyumbang di negeri tersebut.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66