MP DAP kena ‘halau’ lagi

Seorang ahli Parlimen DAP diarah keluar dewan kerana ingkar mendengar arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said supaya tidak membangkitkan Peraturan Mesyuarat.

Lim Lip Eng bangun mengadu bahawa balasan surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat usul tergempar mengenai hutang 1MDB kepada IPIC, ditolak.

Ismail menegur Lim berkali-kali supaya duduk namun tidak diendahkan.

Kemudian, Ismail mengarahkan bentara Parlimen agar mengiringi Lim supaya keluar dewan.

http://www.kinitv.com/video/50610O74 – Enggan dengar arahan, MP Stampin kena halau

Pada 25 Julai lalu, anggota Parlimen DAP-Stampin, Julian Tan Kok Ping diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat apabila beliau berkeras bahawa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa terdapat vaksin anti-rabies yang mencukupi.

http://www.kinitv.com/video/50873O74 – MP DAP diarah keluar dewan

Pada Isnin lalu, MP DAP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham juga diarah keluar dewan apabila bangun mendakwa Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof tidak menjawab soalan berhubung kos projek naik taraf jalan dari Manjung ke Taiping.

(Visited 61 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com