Malaysia diiktiraf negara terbaik untuk pelaburan

Malaysia berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik dan merupakan pencapaian ekonomi terbaik Malaysia pada tahun 2017.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata Malaysia berada di kedudukan ke-2 di ASEAN dalam World Bank’s Doing Business Report 2017.

Selain itu juga, beliau menjelaskan sebanyak USD29 bilion dicatatkan di Bursa Malaysia dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan merupakan antara yang tertinggi di ASEAN.

Katanya, Malaysia turut mendapat penarafan antarabangsa melalui institusi penarafan kredit dunia seperti Fitch, Standard & Poor’s dan Moody’s yang memberikan taraf kategori ‘A’ kepada Malaysia pada tahun 2016.

Selain itu, katanya, Malaysia juga diiktiraf sebagai negara terbaik untuk pelaburan dalam Best Country Report 2017 sekaligus mengatasi 79 negara lain termasuk beberapa negara maju.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com