PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Kit Siang tegur wartawan, “siasat dulu sebelum tanya”

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menegur seorang wartawan portal supaya membuat kaji selidik mengenai latar belakangnya dahulu sebelum bertanyakan soalan kepadanya.

Menjawab soalan daripada wartawan AntaraPos, Kit Siang berkata beliau dahulu pernah menjadi wartawan, dan akan menyiasat sesuatu isu sebelum mengemukakan pertanyaan.

“Saya pernah menjadi pemberita, apabila saya jadi pemberita kalau ada satu berita yang ‘trash’ (sampah), saya akan siasat.

“So, siasat dahululah sebelum kemukakan soalan.

“Jika tidak, ia akan mencerminkan anda sebagai wartawan dan media yang diwakili, kewibawaan sebagai pemberita,” kata Kit Siang pada sidang media hari ini.

Terdahulu, soalan wartawan berkenaan adalah mengenai pertanyaan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mengenai asal usul Ahli Parlimen Gelang Patah itu sama ada lahir di Malaysia atau tidak.

(Visited 35 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66