Kes buli: Bapa saman sekolah, guru

Seorang bapa bersama anaknya yang berusia lapan tahun menfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta dan seorang gurunya atas dakwaan cuai kerana membiarkan anaknya dibuli oleh rakan sekelas.

Mohamad Fairul Mohamad Ramzi, 33, dan anaknya, yang berusia 8 tahun, selaku plaintif menamakan sebuah sekolah swasta di Setapak defendan pertama dan seorang guru ganti wanita defendan kedua.

Mereka memfailkan saman itu melalui firma guaman, RamRais & Partners di Mahkamah Sesyen semalam dan salinan dokumen diperolehi media hari ini.



Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa anaknya telah digigit di bahagian muka serta ditendang di punggung oleh rakan sekelasnya pada 1 Jun lalu.

Mohamad Fairul mendakwa ketika kejadian itu guru wanita itu berada di dalam kelas tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Plaintif antara lainnya menuntut ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya dan ganti rugi khas berjumlah RM6,009.70.

(Visited 57 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.