PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Ambil la tindakan mahkamah, saya tunggu – IGP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Ini susulan surat tuntutan rasmi yang dihantar Azmin kepada Khalid yang menggesa pihak polis mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Kata Khalid, beliau enggan mengulas tuntutan itu kerana siasatan ke atas 1MDB masih lagi berjalan.

“Kes siasatan 1MDB ini masih lagi berjalan. Jadi saya tidak mahu respon terhadap tuntutan itu.

“Jadi, ambil lah tindakan mahkamah. Saya tunggulah,” katanya dalam sidang media hari ini.

http://www.kinitv.com/video/50921O74 – Azmin tuntut IGP cari, ekstradisi Jho Low

Semalam, peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan itu telah dihantar kepada Khalid dengan notis 14 hari untuk beliau bertindak.

Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.

“Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah,” kata Surendran.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66