Tukul Speaker patah

Sidang Dewan Rakyat hari ini mencuri tumpuan apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan supaya bentara parlimen menukar tukul yang sudah patah dan menggantikan yang baru.

Ketika itu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham sedang mencelah bertanya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Bentara, ambil maklum tukar saya punya tukul, sudah patah.



“Saya mahu yang kukuh, saya serius sudah patah tadi,” kata Pandikar.

Kemudian, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata supaya tukul kayu itu ditukar kepada tukul besi.

“Tukar besi, Tan Sri Speaker. Ini pembangkang punya hal,” kata Abdul Azeez.

Tempat Pandikar kemudian digantikan dengan Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, sambil berkata: “Walaupun begitu, tidak menghalang saya untuk mengambil tindakan juga.”

(Visited 94 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.