PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Razak Baginda dilapor ‘didakwa’ di Perancis

Abdul Razak Baginda yang juga rakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dilapor didakwa di Perancis atas tuduhan sogokan dalam penjualan kapal selam ke Malaysia, menurut AFP.

AFP, memetik sumber kehakiman, mendakwa Razak didakwa pada 18 Julai.

Secara khusus, kes di Perancis itu melibatkan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene sekitar satu bilion euro dari Direction des Constructions Navales Perancis (DCN).

Empat eksekutif industri pertahanan Perancis juga dilaporkan telah didakwa.

Mereka adalah dua bekas pengerusi DCN International, Philippe Japiot dan Dominique Castellan serta dua bekas ketua Thales International Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier.

Siasatan ke atas perjanjian itu bermula pada 2010 selepas kumpulan hak asasi manusia, Suaram membuat aduan.

Sementara itu, pejabat Razak dalam satu kenyataan malam ini berkata laporan bahawa beliau telah “didakwa” di Perancis adalah mengelirukan.

Pejabat Razak berkata tiada tuduhan rasmi telah dibawa ke mahkamah dan siasatan masih dijalankan.

“Laporan berita Perancis pada 19 Julai dan 1 Ogos telah menyatakan bahawa individu yang terlibat dalam pembelian itu telah ‘didakwa’. Laporan-laporan ini telah dibawa ke media massa lain dan mengelirukan.

“Istilah ‘didakwa’ dalam konteks siasatan bermakna meletakkan individu tersebut di bawah ‘siasatan rasmi’.

“Proses undang-undang Perancis adalah berbeza daripada proses perundangan Malaysia. Dalam proses perundangan Malaysia seseorang yang disyaki melakukan jenayah disiasat dan jika ada bukti yang mencukupi, orang itu akan didakwa di mahkamah,” kata pejabat Razak.

Pejabat Razak menambah bahawa prinsip seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah adalah terpakai dan pendakwaan jenayah harus berdasarkan bukti dan bukan khabar angin.

“Dr Razak Baginda belum dituduh di mana-mana mahkamah di Perancis.

“Siasatan oleh orang Perancis disambut baik kerana Dr Razak Baginda tidak melakukan sebarang jenayah rasuah atau melanggar mana-mana undang-undang dalam perkara itu.

“Sangat disesali bahawa laporan berita mengelirukan dan fakta yang benar mengenai perkara itu tidak dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kes berhubung pembelian kapal selam berkenaan.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66