PIALA MALAYSIA 2017: KEPUTUSAN PENUH LIMA PERLAWANAN MALAM TADI [2 OGOS 2017]

PIALA MALAYSIA 2017:

i. Skuad Tok Gajah kembali menghidupkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia apabila membelasah pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC 6-0 di Stadium Darul Makmur malam tadi. Ia adalah kemenangan pertama Pahang dalam saingan piala berprestij itu selepas sekadar mengutip tiga mata daripada empat perlawanan.
ii. Persaingan Kumpulan A, antara T-Team menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu MALAM TADI berkesudahan , tuan rumah berjaya memperolehi kemenangan pertama 4-1,selepas mengharungi lima aksi perlawanan peringkat kumpulan. Sekaligus memungut TIGA mata penting untuk keseluruhan mengumpul 5 mata.
iii. FELDA United menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila bangkit dua kali selepas ketinggalan kepada PKNS FC sebelum mencatatkan kemenangan 3-2 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, malam tadi. Skuad PKNS FC kendalian Sven Gartung terlebih dahulu memperoleh jaringan hasil rembatan Bobby Gonzales pada minit ke-31 separuh masa pertama.
iv. Jaringan tunggal Liridon Krasniqi menewaskan UiTM FC sudah memadai untuk Kedah melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia. Bermain digelanggang sendiri, seawal babak pertama Kedah banyak mengasak ke kubu lawan.
v. Johor Darul Takzim, JDT mengesahkan tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas berjaya memungut 3 mata pada aksi kelima kumpulan D menentang Terengganu, semalam. Beraksi di gelanggang sendiri, skuad Harimau Selatan menang bergaya membaham skuad Sang Penyu dengan mencatat keputusan 5-0.

(Visited 75 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66