MP ‘heret’ Pandikar ke mahkamah

Seorang anggota parlimen PKR hari ini merujuk Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah ekoran keputusan speaker Dewan Rakyat itu menolak dua soalan berkaitan 1MDB yang dikemukakannya.

Selain Pandikar, Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) turut menamakan sebagai defendan dalam saman dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu ialah Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

“Saya berpendapat alasan yang diberikan speaker adalah tidak munasabah.



“Speaker perlu menjawab (tentang alasan penolakan soalan-soalan itu) kerana ia berkaitan isu penting yang rakyat perlu tahu,” katanya kepada media di luar kompleks mahkamah hari ini.

Hee berkata soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat – dan ditolak – itu ialah meminta perdana menteri menyatakan sama ada kerajaan membuat bantahan rasmi terhadap saman Jabatan Kehakiman AS yang melibatkan Malaysian Official 1 dan isterinya.

Soalan kedua, Hee bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, bilakah kali terakhir ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low, berada di Malaysia dan benarkah dia memiliki lebih daripada satu pasport.

Pada 24 Jun lalu, anggota parlimen pembangkang menyatakan rasa tidak puas hati apabila lebih 30 soalan berkaitan 1MDB ditolak oleh Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan tindakan itu serta alasan yang diberikan.

Gobind berkata, sebagai seorang anggota parlimen menjadi tugas mereka untuk membangkitkan isu-isu rakyat di parlimen, manakala soalan yang diajukan kepada pihak kerajaan adalah soalan mudah.

Hee diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.