‘Kalau nak siasat saya, siasat semua sekali’

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia untuk diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahan beliau membawa masuk 7,000 pengundi luar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan.

Bagaimanapun Jamal mahu tindakan yang sama perlu diambil terhadap kepimpinan pembangkang juga.

“Kalau mereka nak siasat atau ambil tindakan terhadap saya, siasat semua sekali di mana Kit Siang memindahkan beribu-ribu orang di Gelang Patah, bagaimana pengundi dari orang Cina dipindahkan di kawasan sasaran mereka untuk memenangi kerusi-kerusi Parlimen.

“Apa yang mereka katakan ini adalah apa yang mereka lakukan sebelum ini dalam PRU yang lepas,” kata Jamal kepada pemberita di IPD Dang Wangi hari ini.

Jamal berkata demikian mengulas gesaan Gabungan pro-reformasi sistem pilihan raya BERSIH semalam yang sekali lagi menggesa SPR memastikan tiada manipulasi dan penipuan daftar pemilih.

Gesaan itu dibuat susulan laporan The Malaysian Insight kelmarin bahawa Jamal mengaku bahawa masuk 7,000 pengundi luar ke DUN Sekinchan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Jamal ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda Umno Subang di sebuah sekolah di Sungai Buloh malam Ahad dilapor mengaku sudah bertemu dengan semua kesemua pengundi luar itu dan meminta mereka menandatangani perjanjian mengundi yang dijangka berlangsung lebih kurang dua bulan lagi.

Mengulas lanjut, Jamal berkata apa pun tindakan ia perlu bergantung kepada undang-undang.

“Itu terpulang kepada beliau, kita ada undang-undang.

“Bagi saya sesiapa yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan, saya tidak ada masalah sebab apa yang kami lakukan mengikut prosuder dan undang-undang,” kata Jamal.

BERSIH membangkitkan peruntukan dalam Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bahawa pemilih hanya boleh mengundi di kawasan mereka menginap.

“Perkara 113(1) lebih lanjut lagi memberikan tanggungjawab menyediakan dan menyemak daftar pemilih untuk setiap kawasan kepada SPR,” menurut BERSIH.

(Visited 51 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66