PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

“Bukan soal tak mampu bayar balik” Najib jawab Wan Azizah

1MDB mampu membayar firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Soal 1MDB telahpun dikeluarkan kenyataan, maka ini soal teknikal sahaja bukan soal tidak mampu bayar balik.

“Maka dijangka tidak akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi negara,” kata Najib di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas kenuataan pemimpin pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata pembayaran yang tidak dilunaskan semalam itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara ini.

1MDB semalam gagal membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian mereka pada April lalu.

1MDB menjelaskan bahawa ia tidak dapat memenuhi obligasi pembayarannya kerana dana yang sepatutnya diterima pada bulan Julai telah ditangguhkan hingga Ogos.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London semalam, IPIC berkata 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai lima hari untuk “memulihkan” kegagalan pembayaran itu.

(Visited 63 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66