Bukan salah Ahmad Maslan, kata Rafizi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata segala beban yang ditanggung rakyat ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan keputusan Datuk Ahmad Maslan.

Rafizi berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab membuat keputusan melaksanakan GST pada 2015, setelah membuat pengumumkan itu pada 2011 lalu.

“Saya tak salahkan Pontian, saya minta maaf kadang-kadang beban ini dihantar kepada Pontian.

“Kerana keputusan dan tanggungjawab melaksanakan GST ialah keputusan Pekan, bukan Pontian.

“Dia yang umum 2011 dan dengan segala tentangan pun, Pekan menetapkan untuk meneruskan juga pelaksanaan GST dalam tahun 2015 dalam keadaan rakyat dan ekonomi negara tidak bersedia,” katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat hari ini.

(Visited 73 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com