Azmin tuntut IGP cari, ekstradisi Jho Low

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut pihak polis untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan rasmi telah dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam dengan notis 14 hari untuk beliau bertindak.

“Kami telah diarahkan oleh MB (Azmin) untuk mengeluarkan notis berkaitan dengan cara untuk menahan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia dengan bantuan Interpol,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini.

Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.

“Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah,” kata Surendran.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66