Tanya ’35 menteri baca buku’, Kit Siang kena tegur

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ditegur Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said agar membaca Peraturan Mesyuarat sebelum mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.

Lim ditegur selepas bangun bertanya soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai bilangan buku yang dibaca oleh semua menteri dalam masa sebulan.

“Berapa buah buku sebulan dibaca oleh 35 menteri dalam Kabinet?” soal Lim.

Bagaimanapun, Ismail mencelah menegur Lim.

“Itu sebab saya kata Yang Berhormat sekalian, sila baca berulang-ulang kali Peraturan Mesyuarat kita. Baca yang itu dulu baru boleh soal orang lain. Silakan Yang Berhormat (Menteri),” katanya.

Namun, Mahdzir berkata adalah menjadi hak masing-masing untuk membaca buku.

“Saya ingat bab baca buku ini masing-masing, jadi tak payah jawablah dalam Dewan ini. Dia (menteri) ada hak masing-masing untuk baca buku,” katanya.

(Visited 31 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com