Aminolhuda, Salahuddin bertembung jawatan MB?

Aminolhuda, Salahuddin bertembung jawatan MB?

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub berkemungkinan tidak mendapat laluan mudah untuk menjadi calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut sumber parti, walaupun Amanah mahu menamakan Salahuddin sebagai calon menteri besar, namun kem Pengerusi PAN Johor Aminolhuda Hassan juga mahu supaya nama Aminolhuda dicalonkan berikutan pengalaman beliau dalam Dewan Undangan Negeri Johor (Dun).

“Ini kerana Aminolhuda ni pengerusi negeri dan sekarang ada pertembungan sebab kita mahu nama Salahuddin dibawa kedepan,” kata sumber tersebut.

PAN juga dilihat semakin terhimpit ekoran pemimpin-pemimpin veteran parti keberatan untuk memberi laluan kepada golongan muda bertanding dalam pilihan raya nanti.

Ini ditambah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang turut mengintai kerusi campuran yang turut dikehendaki PAN.

“Pribumi sepatutnya bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang pembangkang tidak mampu tembusi sejak dulu,” katanya.

Pada PRU13, Salahuddin yang bertanding di Dun Nusajaya dan Parlimen Pulai merupakan calon menteri besar Pakatan Rakyat untuk negeri Johor.

Bekas ahli parlimen Kubang Kerian yang ketika itu salah seorang naib presiden PAS, bagaimanapun tewas di kedua-dua kerusi.

(Visited 49 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66